Wednesday 7 December 2011

Hadis 40. Hadis Ke-5 . Larangan Mengada-adakan Sesuatu Perkara yg Bukan Dari Agama

Assalamualaikum wbt dan hai "readers".(Adakah "readers" ni?).

Sejak beberapa minggu yang lepas, i agak kerap bersembahyang jemaah di masjid. Almaklumlah usia sudah melepas 25 tahun jadi tiba-tiba timbul satu perasaan yang tidak dapat digambarkan sebelum ini yakni ~i dah tua "you all" & lebih baik lah memperbanyak amalam sebelum mati.  Ya lah...kalau dah ajal bukan boleh main cup kejap cup kejap ...=) kan?

Jadi, nota-nota di bawah adalah sebahagian daripada kuliah Maghrib di Masjid Kampung Baru pada 7.12.2011 dan juga nota yang diambil dari sumber-sumber lain.

I rasa agak terpanggil untuk "share" dengan "readers" sebab banyak sungguh amal ibadat yang kita pakat dok buat, tapi rupa-rupanya bidaah, bukan bersandarkan al quran, hadis atau sunnah. Sama- samalah ye kita memperbaiki diri ini. Jadi, hadisnya berbunyi begini:-

Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a. beliau berkata: Rasulullah
SAW telah bersabda:

Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim. Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain berbunyi:

Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita, maka ia tertolak.
Pokok Perbincangan Hadis :

Larangan mengada-adakan dalam urusan agama :

          a) Dalam Ibadat :
·         (Sesuatu yang dibolehkan melakukannya dalam ibadat tertentu, tidak semestinya boleh dilakukan dalam ibadah lain pula.) (dedah kepala - ihram/ berdiri-azan)
·          Ibadah yang langsung tidak syar'ie ( dengan hiburan/ tarian) - tidak diterima Allah bahkan ditutup pintu taubatnya.
·          Menokok tambah dalam ibadat yang disyariatkan. (tambah rakaat dalam solat fardhu/ wudhu' empat empat).
·          Mengurangkan sesuatu dari yang disyariatkan. (kurang rakaat dalam solat).

SOALAN [yang ditanya dan dijawab sendiri oleh imam =) Ya lar, yang datang orang-orang biasa mana ada yang nak pakat bertanya. Bila imam tanya "ada soalan?" . Sunyi sepi ~ lol ] :

~Teringat Surau Annur di TKC Seremban~

·         Bagaimana pula kalau bernazar? Kalau bernazar tidak boleh kata saya bernazar nak sembahyang fardhu 5 waktu cukup. Sebab apa...sebab sembahyang fardhu 5 waktu telah diwajibkan oleh orang Islam. Jadi bila bernazar pastikan perbuatan itu bukan wajib yakni sunat, ia perbuatan baik yang tidak merosakkan diri sendiri dan tidak pula bertentangan dengan hukum syarak. Contoh, saya bernazar kalau dapat apa yang saya hendak saya tak mau duduk saya akan berdiri. Tetapi sebbaik Nabi Muhammad s.a.w mendengar perkara tersebut, baginda Nabi Muhammad s.a.w telah melarang seorang lelaki dari melaksanakan nazar berdiri tanpa duduk kerana ia bukanlah perkara yang baik dan Allah s.w.t telah berfirman maksudnya janganlah mencampakkan diri kamu kepada kebinasaan. (menarik contoh ni, tengs Imam)

·         b) Dalam Muamalat :
     i)  'Aqad yang dilarang oleh Syara' : Barang yang hendak di'aqad tidak halal.
         (nikah dengan mahram).
     ii)  'Aqad pada barang yang diharamkan (arak/ bangkai).
     iii)  'Aqad yang menyebabkan berlaku zalim bagi sebelah pihak.
   ( an agreement bend to one party only~ anyone? Biasa buat ni "especially" orang yang mempunyai kuasa negotiate ke atas pihak yang satu lagi).

Pengajaran hadis:

 - lslam adalah agama yang sudah sempurna dasar dan prinsipnya. la tidak perlu ditokok tambah lagi.
 - Sebarang tokok tambah, ubah suai atau pengurangan yang bertentangan dengan usul agama adalah bid'ah yang diharamkan, yang ditolak dan sesat.
 - Yang dimaksudkan dengan bid'ah ialah segala perkara yang tidak berdasarkan usul agama, seumpama mereka cipta cara beribadat tertentu, seperti sembahyang cara baru, upacara keagamaan baru dan sebagainya.
 - Setiap muslim mestilah menjauhkan diri daripada terjebak dalam perbuatan bid'ah sesat, kerana ia boleh membawa kepada kehancuran diri, agama dan setengahnya pula membawa kepada kufur.
 - Cukuplah baginya berpegang teguh dengan apa yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW, demi menjamin kesejahteraan agamanya

Tuesday 11 October 2011

About Me

Hello readers/ bloggers/ shopaholics and anyone who is reading my blog.

Saya rasa untuk "entry" yang pertama, baik lagi kita berkenalan kan? Hi ya all .Blogger name saya zmida, berusia 24 tahun (btw umur saya kekal sama sejak graduate 4 tahun lalu  (^_^) )dan tinggal di tengah-tengah KL. Latar belakang saya ialah profesional, dan saya adalah degree holder, writer, blogger, tutor dan "enterpreneur". Terkini, saya ialah ejen Premium Beautiful anda. Beauty bersifat universalkan??? 

Saya bercita-cita untuk memperbaiki diri saya pada setiap hari. Jadi, setiap kali sebelum tidur saya akan bisikkan pada diri sendiri bahawa hidup ini hanyalah sementara. Buat yang terbaik jangan menyesal. (6_6). Skema kan? Tapi betul kan?

Blog ini ditulis untuk saya berkongsi tentang diri saya, tentang "life experiences", tentang peluang perniagaan Premium Beautiful dengan saya.

Sebarang pertanyaan tentang Premium Beautiful atau anda ingin memberi komen, hantar je pada zmida.


Untk hari ini dan kali ini..till then. Mmmm, saya nak makan Nasi Beriani Gam Kampung Baru, KL. Jom u all...